MISI SEKOLAH

Peningkatan imej sekolah melalui pencapaian akademik dan kokurikulum , pembinaan modal insandan penyediaan kemudahan sekolah

 

VISI SEKOLAH

SMK Westlands akan menjadi sekolah pilihan pada tahun 2020

 

TEMA SEKOLAH

SMK WESTLANDS : School for the Gentlemen.....

Smart, Intelligent, Respectable  (S.I.R)

FALSAFAH SEKOLAH

Falsafah SMK Westlands adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar sekolah yang berilmu pengetahuan, berdisiplin tinggi dan beraklak mulia di samping menjadi rakyat yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama

 

PIAGAM SEKOLAH

KAMI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WESTLANDS BERJANJI AKAN .............. meningkatkan prestasi pencapaian pelajar melalui ciri-ciri pengajaran yang berkualiti seperti berikut :-

  • guru menjadi teladan yang baik kepada pelajar dalam semua bidang terutamanya     pakaian, pertuturan  dan perilaku,

  • guru masuk kelas menepati masa,

  • guru menggunakan alat-alat bantuan mengajar yang sesuai dan berdaya usaha untuk memastikan penyerapan ilmu berlaku,

  • guru memberi kerja latihan yang mencukupi dan memeriksa kerja pelajar tepat pada masa serta menjalankan kerja pemulihan yang sesuai,

  • guru berhubung dengan ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk membincangkan prestasi/perilaku pelajar,

  • melaksanakan program jasmani (olahraga & sukan) dengan berkesan supaya melahirkan pelajar yang sihat badan dan otak,

  • mengadakan program persatuan/kelab dan pasukan beruniform yang mantap sepaya pelajar berdikari, berimaginatif dan berinovatif,

  • mengadakan program agama/moral yang sesuai,

  • menjalankan kawad api dan latihan keselamatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun,

  • beriltizam mementingkan kehendak pelajar melalui program kebajikan, biasiswa dan bantuan buku teks serta pengujudan sekolah selamat dan penyayang.


News

SELAMAT HARI RAYA PUASA

19/07/2015 08:52
Selamat Hari Raya Puasa kepada semua warga sekolah

—————

MODEL GROW UNTUK SEMUA KETUA PANITIA

29/12/2014 07:16
Semua Ketua Panitia boleh muat turun softcopy model ini dan membuat perancangan panitia untuk 2015

—————

MESYUARAT BUKA SEKOLAH

29/12/2014 07:14
Mesyuarat Buka Sekolah akan diadakan pada 29, 30 & 31 Disember 2014, jam 7.45 hingga 4.00 petang  

—————

All articles

—————


Contact

SMK WESTLANDS

3, Jalan Khaw Sim Bee,
10150 Pulau Pinang


604 - 227 1695
604 - 226 7404 (Faks)



 Memperkasakan Pengurusan Panitia Sekolah

Manual Memperkasakan Pengurusan Panitia Sekolah.pdf (1,6 MB)

GROW MODEL VER41 (Dis 2014)